jimatkan elektrik demi masa depan anak kita !!
Selain berjimat
cermat dalam berbelanja, jangan dilupa bahawa tenaga juga perlu
dijimatkan. Tenaga yang dimaksudkan kat sini bukanlah kudrat anda. Tapi,
penggunaan tenaga baik di rumah mahupun di pejabat. Dulu pun saya pernah tulis
mengenai tip jimat
elektrik. Jadi, topik 10 cara mudah jimat
tenaga bolehlah dianggap sebagai kesinambungan info tersebut.
:)

Gambar - ffaircond.com
1. Jika anda berhajat memasang penyaman udara,
pastikan anda pilih saiz yang bersesuaian. Ini bagi memastikan anda
menggunakannya secara lebih efisien serta tak membazirkan tenaga.
2. Sila set kawalan kipas penyaman udara
daripada "auto" kepada "on". Ia kerana pengaliran udara yang sekata penting
untuk menstabilkan suhu bilik.
3. Tetapkan suhu penyaman udara antara 24 - 26
darjah Celsius (C). Kalau terasa panas sangat, set suhu pada 24 darjah C. Jika
cuaca redup atau hujan, boleh set pada suhu 26 darjah C. Kalau nak lagi jimat,
tak payahlah "on" ketika hujan.
4. Kalau anda guna pemanas air pula, tetapkan
suhunya antara rendah dengan sederhana. Ia dapat jimat tenaga gak.
5. Segerakan memperbaiki sebarang kebocoran
paip. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan peralatan pemanas
air.

Gambar - Berita Harian Online
6. Mandi dengan menggunakan air pancur lebih
menjimatkan berbanding berendam di dalam tab mandi, jakuzi ataupun
kolam.
7. Semasa anda memasak, tutuplah periuk atau
kuali tu. Ia dapat menjimatkan masa memasak.
8. Pada musim panas atau cuaca cerah, elakkan
penggunaan pengering mesin basuh. Cahaya matahari mampu melaksanakan tugasnya
dengan baik. Ini kerana selain menjimatkan elektrik, sinaran
ultraviolet yang ada padanya mampu membunuh kuman.
9. Cabut semua plug peralatan elektrik jika dah
selesai menggunakannya. Sebabnya, peralatan seperti tv dan komputer tetap akan
menyerap tenaga walaupun suisnya dah dipadamkan.
10. Sekiranya dinding rumah atau pejabat anda
tak ditebat, jadikan perkakas yang agak berat macam rak buku atau sofa sebagai
pengganti. Susun elok-elok perkakas tadi di sekitar ruangan tersebut bagi
mencegah kemasukan haba daripada luar serta kehilangan kesejukam dari dalam
bangunan.
No comments:
Post a Comment